Tips Atasi Pedih Ulu Hati

syuesalim | January 13, 2015 | 0Komen |
Syue pernah terlihat iklan di televisyen, produk untuk mengatasi masalah pedih ulu hati & ketidakhadaman. Ada ala-ala ahli bomba di dalam perut yang memberi kelegaan dalam perut. Awal-awal dulu agak pelik apa lah iklan ni. Rupanya berkenaan masalah ulu ati dan ketidakhadaman.

Pedih ulu hati sangat lah tidak selesa, terasa dada macam terbakar. Namun ianya hanyalah ketidakhadaman biasa. Kesakitan tersebut hanya disebabkan oleh asid perut. Biasa kita akan alami keadaan begini apabila mengambil makanan berat. Juga kerap dialami oleh ibu mengandung. Mari kita lihat selanjutnya punca, dan cara mengatasinya.

APA ITU PEDIH ULU HATI
  • Pedih ulu hati atau heartburn merupakan rasa sakit & pedih di bahagian dada dan kadangkala boleh naik sehingga ke tekak, dan meninggalkan rasa masam & pahit. 
  • Berlaku apabila asid gastrik dalam perut mengalir balik ke dalam saluran esofagus. 
  • Ianya boleh menyebabkan iritasi kepada saluran esofagus. 
  • Terjadi dalam masa 30-60minit selepas makan.
  • Ketidakselesaan mungkin meningkat bila membongkok ke depan atau berbaring.
  • Pada sesetengah orang menghadapi kesukaran menelan atau rasa makanan seperti lekat dalam saluran atau batuk. Namun keadaan ini sangat jarang berlaku.
Bagaimana berlaku pedih ulu hati
PUNCA-PUNCA
  • Pengambilan alkohol, kafein, karbonat
  • Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahanPengambilan makanan yang melemahkan otot esofagus seperti makanan pedas & berempah
  • Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan
  • Merokok selepas makan
  • diet rendah serat
  • Masalah berat badan 
  • Mengandung
  • Pengambilan ubat-ubat tertentu

ELAKKAN...
  • Makanan yang boleh menyebabkannya bertambah teruk - makanan berlemak, berempah, coklat, jus @ buah-buahan sitrus, alkohol, kafein, karbonat
  • Makan dengan banyak sekaligus. Cuba ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ia akan mengelakkan asid dari terkumpul dalam perut kerana makanan meneutralkan asid perut.
  • Merokok kerana merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid berlaku
  • Makan 2-3jam sebelum tidur
  • Memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang
  • Obesiti. Cuba kurangkan berat badan dan kekalkan berat badan ideal
  • Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk seperti ubat anti-kemurungan.

Tahu apa yang terbaik untuk masalah ini?
Kerana ESP adalah dari sumber protein soya Non-GMO yang bersifat alkali yang dapat meneutralkan kandungan asid dalam perut. ESP juga terkandung dalam set gastrik, dan menjadi pilihan utama kepada pesakit gastrik.

Anda mahu selamanya dihantui masalah gastrik? Jangan tunggu ianya melarat. Memang berbaloi menjadikan ESP sebagai sumber protein harian anda. Bukan sahaja boleh kurangkan masalah ulu hati, malah banyak lagi khasiat yang anda akan dapat. Order ESP anda!


esp





Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi Syue di sini.
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com