Kisah Tular Paling Sensasi di Awal Tahun 2017

syuesalim | February 25, 2017 | 0Komen |
Tular. Kerap digunakan perkataan ni sekarang ni. Cam pelik ja bunyinya. Tak pernah dengaq? 'Menular' mesti pernah kan. Dari kata akar 'tular' la tuh. Yang orang sekarang dok guna 'viral' tu. Laaaaa, ya kaa...baru ku tahuuu 😅. Jadi lepas ni rajin-rajin lah guna 'tular' instead of 'viral' ye. hehehe. Syue nak cerita satu kisah tular yang pernah sensasi di kalangan rakyat Malaysia bulan lepas. Rasa-rasa kisah apa? 😊

Ok, dah kenal kan jejaka di sebelah ni. Faiz Subri. Satu nama yang tiba-tiba menjadi sebutan pada pertengahan Januari yang lepas. Beliau telah memenangi Anugerah Puskas untuk gol terbaik pada tahun 2016, salah satu anugerah terbesar dalam bola sepak dunia pada Football Anugerah FIFA pada 9 Jan. Beliau juga merupakan orang Malaysia malah Asia yang pertama memenangi anugerah berprestij ini. Bangga kan.

Secara jujurnya, Syue kurang kenal dia ni sebab sekarang Syue dah kurang sangat layan bolasepak tempatan & antarabangsa. Dulu-dulu layan jugak la; zaman bujang, zaman muda sikit dari sekarang tapi mai dah umoq mak-mak ni, tak boleh tengok dah. Saspen/ketaq ja lebih 😅.

Ok, berbalik pada Faiz tadi. Bila video/gambaq si Faiz ditularkan kat FB, kat WA, baru lah saya mencari-cari identiti si Faiz ni. Baru tahu, orang Kedah rupanya. Geng la kita cheq; seKedah! Tapi beliau bermain untuk pasukan Pulau Pinang. Bila tengok gol dia kan, huiii...memang cantik. Patut lah boleh memang. Rasanya ada mat saleh buat kajian sepakan dia nih. Mau keluaq segala ilmu fizik.

Tapi kan, yang tular kat FB saya tentang kejayaan dia ni sikit sangat. Yang banyaknya, orang dok kritik pasai speech dia; 'tak pandai cakap English'. Mula-mula Syue tengok video dia, mmg Syue pun gelak. Tapi gelak part yang dia cari speech dia tu haa. Enpon pun leh terbalik 😅. Audience kat situ pun gelak kot. Tapi bila dia bagi speech tu, semua diam ja pun. Bangganya dengaq. Tersentuh naluri Syue tau. Namun begitu, sudah ku sangka speech dia tu akan jadi buah cerita sesetengah pihak.

Cuba letakkan diri kita kat dia. Mcm Syue pun kan, yang English tak cair macam air & pertama kali pulak naik pentas besar begitu utk berucap, Christiano Ronaldo pulak usha dari depan pulak, gelabah kot. Silap-silap 'thank you' pun lupa. Mujoq jugak dia ada skrip. Alah, nak ucap terima kasih ja pun kan. Para-para mat saleh situ memang paham aih dia nak cakap apa.

Pengalaman Syue lah kan, sepanjang Syue dok kat Qatar ni kan, nak berinteraksi dengan mat minah saleh kebanyakan kat sekolah anak-anak lah. Dah nama pun para pengajar, mestilah cikgu-cikgu ni bercakap dengan perfect tone & perfect grammar kan. Tapi, Syue takut betul nak cakap dengan mereka ni. Agaknya perangai Syue yang dari dulu terlalu nak jaga grammar kot; menjadi satu kerisauan pulak kalau broken english. Kalau ada parents meeting, mula la gelabah. Punya la susun ayat dari rumah. Sekali bila berdepan, hilang. Bahasa isyarat, vocab caca merba pulak yang keluar 😆. Tapi, mereka rilek ja. Tak dak pulak nak gelak, nak kritik salah grammar; tunggu ja kita habiskan ayat, tunggu sampai dia faham kita nak cakap apa. Memang mereka hormat orang luar yang nak cakap bahasa mereka ni. Mereka tak kisah macamana kita cakap; yang pastinya apa yg kita nak bagitau tu, sampai kat mereka.

Mungkin yang tak pernah bergaul dengan bangsa asing ni sempit sikit pemikirannya. Orang Jepun cakap english berterabur tak dak pulak mereka malu. Cakap bahasa ibunda dia sendiri pun takdak pulak orang komplen. Christiano Ronaldo awai-awai dulu pun tak pandai English gak tau. Cuba cari kat Youtube. Memang ada. Jadi, kalau setakat macam Faiz cakap tu, memang lebih daripada elok dah. Sabaq Faiz, mungkin ini baru permulaan untuk hang. At least hang cuba kan. Kalau dah kata cakap English Faiz style pun kena kutuk, awat hang tak cakap Kedah/Penang ja dik oiii...kan senang. Kalu kena kutuk pun, satu Kedah, satu Pineng, Peghelih, utara Perak buleh beking hang 😆.

Takkan nak kena pandai English dulu baru nak jadi hero/heroin negara kan. Tu pun kalau dapat. Kalau tak dapat? Sekurang-kurangnya dia boleh berucap kat anugerah berprestij macamtu, depan ramai player bola sepak terkenal dunia. Dah yang kritik? Entah-entah anugerah sekolah pun belum tentu hangpa boleh berucap 😁.

Oh panjangnya bebelan tular ni 😂😂 pis no war



No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com