Kebas Kaki dan Tangan Ketika Mengandung? Ketahui Punca dan Cara Mengatasinya

syuesalim | August 23, 2015 | 1Komen |
Untuk individu biasa, kebas adalah keadaan di mana bahagian badan seseorang mengalami kurang rasa (sensation). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh saraf periperi terhimpit. Bagi ibu mengandung pula, perkara ini sering berlaku dan kebiasaanya kebas ini berlaku pada jari tangan dan kaki. Malah ada yang rasa sakit apbila digerakkan. Dalam hal ini wanita mengandung perlu mengetahui kenapa keadaan begitu boleh berlaku.

Hamil Kembar: Beberapa Perkara Anda Perlu Ambil Tahu

syuesalim | August 21, 2015 | 0Komen |
Setiap pasangan yang berkahwin menginginkan rumahtangga mereka dimeriahkan dengan anak-anak. Rezeki masing-masing dah ditetapkan oleh Allah; ada anak atau tidak, berapa ramai. berapa jumlah anak, bayi tunggal ataupun kembar. Sebut berkenaan kembar. Sebenarnya, tiada siapa boleh menjangka kejadian kembar ini. Mungkin ada pasangan nak sangat kembar, tapi tak dapat. Ada yang tak pernah terfikir pun nak kembar, tapi dapat. Apa-apa pun semua itu kuasa Allah. Generasi ke generasi pasti ada yang beranak kembar. Moyang-moyang tok nek kita terdahulu entah-entah ada kembar, kita mana tahu kan.

Jika anda telah disahkan hamil anak kembar, TAHNIAH! Mula lah mencari info-info berkaitan kembar. Kerana anda bakal merasai pengalaman mengandungkan 2 orang dalam kandungan anda selama beberapa bulan akan datang. Ini yang anda perlu tahu demi kesihatan anda, dan bayi-bayi dalam kandungan anda.

10 Cara Semulajadi Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Sebelum Galak Bercambah

syuesalim | August 20, 2015 | 0Komen |
Jerawat merupakan masalah kulit yang biasanya tumbuh di kulit muka. Berlaku disebabkan oleh pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan berlakunya benjolan kecil warna merah dan mengandungi nanah. Hampir semua orang pernah merasa; lelaki mahupun perempuan, pada semua peringkat umur. Ada ketika remaja, di mana berlakunya perubahan hormon badan, atau ketika dewasa; semasa menstruasi, atau bahasa mudahnya 'datang period'. Wanita hamil atau mereka yang dalam keadaan stress yang berlebihan juga akan mengalaminya.

Jerawat ada banyak jenis. Jerawat batu. Jerawat pasir. Acne. Blackhead. Whitehead. Dari sebiasa-biasa jerawat hinggalah yang paling serius. Apa sajalah anda nak panggil ia, semuanya menjengkelkan, kan. Dan yang paling tak best, ia 'suka' untuk muncul secara tiba-tiba. Masa nak pergi temuduga lah, masa ada majlis makan malam lah, masa nak keluar 'dating' lah. Sakit hati kan. Penderita boleh rasa rendah diri. Nak pandang orang pun malu sebab nanti mesti orang akan fokus pada jerawat nan satu nan ribu itu kan.

Makan Buah: Sebelum Atau Selepas Makan?

syuesalim | August 19, 2015 | 0Komen |

Siapa penggemar buah? Rata-rata suka buah kan. Tak kisahla buah-buahan tempatan; durian (sedapnya durian), cempedak, langsat, nenas...atau buah-buah level internasional; kiwi, strawberi, aprikot, plum. Yang pastinya setiap buah itu mempunyai khasiat yang rata-rata kebanyakannya SAMA. Buah merupakan kumpulan makanan paling berkhasiat yang lengkap dengan vitamin, mineral, serat dan air. Banyak manfaat kalau kita suka makan buah. Ditambah lagi jika dimakan dengan cara yang betul.

Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Istanbul

syuesalim | August 18, 2015 | 1Komen |
Fuh, nak tulis entri yang satu ni pun bercinta. Yerlah, nak refresh balik. 2tahun lepas tuh tau, hampir 3 tahun jugak lah, bukan baru!..hehe. Tgk gambar2 pun punya la banyak, jadi cam banyak plak nak cerita. haha. Melancong ke Turki ni sebenarnya bukan perancangan setahun atau 6 bulan lepas. Kalu tak salah, sebulan sebelum pergi secara spontan decide dengan suami 'Jom Jalan Turki'. Tengok tiket kapal terbang masa tu pun agak murah, kira on saja. Maka terus kami cari agensi pelancongan di Turki. 

Kegemukan Selepas Bersalin? Ketahui 6 Faktor Penyebab dan Cara Mengatasinya

syuesalim | August 16, 2015 | 0Komen |
Tempoh mengandung merupakan tempoh yang sangat indah bagi kebanyakan wanita. Setiap pasangan biasanya memberi perhatian terhadap setiap peringkat perkembangan anak mereka ketika dalam kandungan sehingga kadang-kadang tidak sedar kesihatan si ibu yang mengandung pula terabai. Sebenarnya adalah penting untuk setiap wanita mengandung mengikut tips-tips kesihatan dan penjagaan badan ketika mengandung kerana kesemuanya akan beri kesan selepas melahirkan anak nanti.

15 Fakta Mengenai Bayi Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

syuesalim | August 08, 2015 | 0Komen |

Mesti anda terfikir-fikirkan, apa lah sangat dengan bayi ni. Kalau anda masih bujang, memang tak ada rasa menarik pun bayi ni selain comel. Kan..kan? Mengaku lah. Syue dulu pun begitu. haha. Tapi bila dah kahwin, dah ada anak sendiri, perasaan yang datang tu lain macam tau. Eyyy, bayi comel kot kan. Geram, rasa nak gomol-gomol 24 jam. Hakikatnya, semua bayi dilahirkan dalam keadaan cukup sempurna. Bayi mana tak comel. Comel sangat kot bila mereka senyum, menjerit, ketawa.

Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sejak dari dilahirkan lagi. Semua ibu bapa akan fikir anak mereka bijak tapi apa yang anda tidak tahu, hakikatnya mereka SANGAT bijak. Dari aspek lain, mereka tak banyak beza pun dari kita yang dewasa ni. Mungkin secara tidak sedar, mereka ini lagi banyak 'mengajar' kita daripada apa yang kita percaya.

Tidur: Ketahui 10 Fakta Disebaliknya, Jangan Sekadar Tahu Tidur Sahaja

syuesalim | August 03, 2015 | 0Komen |

Apa yang anda tahu berkenaan TIDUR? Pernah ambil tahu? Atau kita sekadar tahu tidur? haha. Tidur adalah keadaan di mana badan kita betul-betul dalam keadaan rehat dari keadaan persekitaran. Ketika tidur, kebanyakan sistem dalam badan seperti sistem imun, otot, saraf dan tulang dalam keadaan membina dan membaikpulih. Dan jika anda tahu, atau baru tahu, manusia boleh bertahan sehingga 2 bulan tanpa makan tapi hanya boleh bertahan sehingga 11 hari saja jika tidak tidur. Dalam 11 hari itu pun berkemungkinan besar 'tidak normal'; orang itu mengalami masalah tidur yang kritikal. Mahu begitu? 

Rawat Diabetes Sebelum Menjadi Parah

syuesalim | August 02, 2015 | 0Komen |

1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidap diabetes. Nisbah yang amat menakutkan. Mungkinkah kita tergolong dalam perkiraan itu? Kata orang, kencing manis ni penyakit keturunan. Tapi dengan keadaan dunia sekarang, walau dalam keturunan kita tiada penghidap penyakit ini, jangan fikir kita tidak terdedah dengan risiko ini.

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan penyakit yang tinggi kandungan glukosa dalam darah, sama ada disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin atau kurangnya tindakbalas badan terhadap insulin, atau kedua-duanya. Pesakit  yang mengandungi kandungan glukosa tinggi dalam badan biasanya akan megidapi gejala kerap kencing (polyuria), jadi mereka akan jadi cepat lapar (poliphagia) dan dahaga (polydipsia)
SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com