Vivix Suplimen Terbaik untuk Telomeres

syuesalim | April 01, 2017 | 0Komen |
Masa sekolah dulu, Syue tak ambil sains tulen. Ambil sains biasa saja. Tapi dalam subjek sains tu ada la subjek biologi. Syue ingat dulu Syue suka lukis kromosom, yang macam riben tuh. Tapi bukan nak cerita pasai kromosom tu. Tapi telomeres. Seingat Syue tak ada belajar sedetails ini. Mungkin yang ambil subjek Biologi Tulen ada belajar. Tak pernah dengar, tak pernah kenal? Ok, jom kita kenal dia; apa sebenarnya TELOMERES ni.


Telomeres ni merupakan struktur DNA-protein yang duduknya di hujung kromosom. Bayangkan tali kasut. Haaa, macam cap kat hujung tu. Apa fungsi cap kat hujung tali kasut tu? Tak mau bagi tali kasut berbulu kan. Secara pemahaman asas, begitu lah fungsi telomeres ni. Dari segi saintifiknya, telomeres ni fungsi dia melindungi genome (set lengkap genetik) dari merosot. Dalam proses selular yang normal, panjang telomeres ini boleh menurun seiring dengan peningkatan umur.

Namun pada masa sekarang terlalu banyak faktor luar yang boleh mempengaruhi panjang telomeres ni. Tak sempat tunggu tua haaa. Pendedahan kepada pencemaran, faktor gaya hidup seperti merokok, obesiti, tekanan, kurang bersenam dan amalan diet yang tak sihat boleh sebabkan telomeres memendek. Bila telomeres memendek, ia meningkatkan risiko kepada berlakunya penyakit, terutamanya kanser 😱.

Pernah dengar tua sebelum usia? Haaaa, telomeres pendek lah tu. Hehe. Cheq melawak ja noh. Melawak, melawak jugak. Tapi ianya fakta; memang kajian dah dibuat. Kependekan telomeres ini menunjukkan salah satu tanda penuaan tau. Jadi apa kita boleh buat untuk kekalkan telomeres ini dan kurangkan risiko kanser dan kadar penuaan? Ada suplimen yang membantu?

Vivix. Shaklee satu-satunya syarikat yang mengeluarkan produk anti-oksidan yang mampu bertindak sehingga peringkat DNA. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan Vivix secara konsisten mempunyai DNA yang lebih kuat dan telomeres yang lebih panjang berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Di samping amal suplimen, mungkin kita juga perlu pertimbangkan untuk makan makanan yang lebih sihat, kekal aktif dan elakkan stress. Bukan kata ambil Vivix ni kebal segala sakit tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk jaga diri kita; amanah Allah bagi kan. 

Ini salah seorang pesakit kanser yang pulih dari kanser nya; asbab ikhtiar dengan Vivix. Pernah lihat dia? Mereka yang baya-baya umur saya (lahir tahun 80-an) memang akan pernah nampak beliau di TV. Beliau dahulunya pembaca berita di ntv7. Beliau telah didiagnos mendapat kanser pada tahun 2003. Dengn konsisten pengambilan, keputusan setiap kali beliau membuat pemeriksaan doktor sangatlah perfect. Kalau beliau boleh, takkan orang lain tak boleh kan?


Sebolehnya kita nak elak dari kena sakit kan. Kalau dah sakit, kena cari ubat lah. Andai diduga dengan penyakit kronik, dapatkanlah nasihat dan rawatan doktor. Selepas Tuhan, doktor paling kita hormat. Percaya dan wajib taat bulat-bulat. Doa kepada Tuhan dan ikutlah nasihat doktor. Dan ingat, Vivix ini vitamin, bukan ubat.

Nak cuba Vivix atau nak beri pada insan tersayang? Boleh beli di sini.

vivix

ATAU

Andai ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan set ini atau ingin
membuat pembelian rangkaian produk Shaklee yang lain,
boleh hubungi Syue di sini:
 

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com