Anda mempunyai masalah dengan anak yang susah nak makan? Memilih makanan? Susah menelan vitamin dalam bentuk pil/kapsul? Ibu bapa mana lah yang tidak risau...Sama lah seperti Syue. Cukup risau anak tak mahu makan. Dengan berat badan tak naik-naik, tapi asyik nak main saja. Terfikir jugak, tak penat ka budak-budak ni? Tak rasa lapar ka? Lagi satu, bila kita masak, ada saja benda dia nak pilih dalam makanan...padahal Syue dah cuba untuk buat masakan tu jadi sekreatif mungkin. Bila ke sekolah, diberi bekal, mesti tak habis. Mama dia ni masak tak sedap ka...pasrah rasa...hehe...
Dah tu, senang la sangat dapat demam, selsema. Suruh makan vitamin pun susah apatah lagi ubat. Punya lah susah... Buah pun susah nak makan. Dah tu camana? Memang susah hati fikir. Satu hari Syue godek-godek internet nak cari sesuatu yang boleh selesaikan masalah Syue ni...
Sampailah Syue terjumpa produk ni...Meal Shakes dari Shaklee...Macam menarik saja. Tp malangnya Syue di Doha. Produk tu kawan Syue di Malaysia yang iklankan. Takkan lah nak tunggu balik Malaysia pulak baru nak beli. Lambat lagi tu. Kalau dibiarkan, alamatnya makan hati berulam jantung lah Syue tengok masakan sendiri tak dijamah. Syue rasa mesti ada yang menjual di Doha ni. Godek punya godek terjumpa lah CaptVitamin di FB. Apalagi...Syue pun terus deal nak beli. Tak kisah dah berapa harga (mesti mahal dari Malaysia)...janji anak-anak berselera makan.
Seminggu Syue curi-curi bancuh dalam susu Syakir (anak sulung) yang dia minum sebelum ke sekolah. Dia ni tak boleh nampak benda asing dicampur dalam minuman dia. Nanti konfem dia tak mahu minum. Waktu ni Syamil (anak kedua) masih kecil. Sama seperti abang nya; memilih makan. Risau sebab berat badan tak naik, tapi kurang lah sikit risau tu berbanding abangnya sebab dia masih menyusu badan. Tapi sesekali Syue cuba bancuh dalam minuman coklat bila dia minta minuman lain.
Ya...memang seminggu Syue dah nampak kesan Meal Shakes ni ke atas Syakir. Paling ketara, makanan dia bukan saja habis...siap bertambah lagi. Ibu mana la yang tak suka kan. Masakan tetap macam tu, tak ada lah pulak tiba-tiba ada magik pndai masak macam profesional chef. Bekal ke sekolah pun memang habis. Balik sekolah pun tak sempat-sempat nak tukar uniform mintak nasi. Waahhh...ini sudah bagus. Alhamdulillah syukur sangat dipertemukan dengan produk ini.
Percaya atau tidak, disebabkan Meal Shakes ini lah Syue jatuh cinta dengan Shaklee. Kalau orang lain jatuh cinta sebab dia sendiri guna dan rasa sendiri keberkesanan produk tu. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Syue pula jatuh cinta sebab anak-anak. Janji anak-anak berselera makan, sihat, naik berat badan seiring dengan naiknya selera makan dia. gambar di sebelah ini, Syamil...Bila dia dah berhenti menyusu, jadi macam perangai abang dia mula-mula dulu. Tunggu apa lagi, memang Meal Shake lah habuan hang dik oiii...mujur dia pun suka. Seronok bila tengok anak-anak ni berselera makan. Mereka pun dah kekal cergas, serangan demam & selsema pun dah jarang sangat kena.
Wajar kita sebagai ibu bapa memberikan makanan tambahan/suplemen seperti ini kepada anak-anak sesuai dengan faktor pemakanan, kesihatan dan persekitaran. Kami pula tinggal di Timur Tengah, negara yang mempunyai dua musim... Pertukaran musim juga sedikit sebanyak menggugat kesihatan budak-budak ini. Kesian budak-budak kalau asyik diberi makan ubat sahaja. Lebih baik cegah sebelum kena kan. Sedaya upaya Syue akan cuba sediakan yang terbaik untuk anak-anak. Dan sememangnya sudah terbukti keberkesanan produk ini. Meal Shakes memang akan terus ada di rumah Syue. Anda bagaimana?
Klik di sini untuk dapatkan Mealshakes untuk anak-anak anda.
Sebarang
pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee lain,
hubungi
saya di sini.
Konsultasi
dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!
No comments:
Post a Comment