Kenapa Kita Perlu Ambil VITAMIN

syuesalim | October 10, 2013 | 0Komen |
Ramai orang salah paham menganggap pengambilan vitamin boleh mengganti makanan yang sedia ada. Atau sebagai pengganti ubat. SALAH andaian itu. Vitamin lebih berperanan untuk memenuhi kekurangan zat-zat dalam badan. Perlu dilihat keperluan badan terhadap seusatu zat mineral. Berapa kandungan yang sepatutnya diperlukan oleh badan kita? Jika ada yang berpendapat, makan ikan sayur daging hari-hari, cukup lah kan. Tapi persoalannya, cukupkah zat dari makanan yang kita ambil hari-hari? Terjamin kah kita makanan kita itu 100% zat nya tidak hilang? Bermula dari ianya dipetik, diproses hinggalah sampai ke hidangan kita?
 
Mari kita lihat faktor-faktor yang boleh membuat kita berfikir berkali-kali kenapa perlu mengambil vitamin.
  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan. Ada ketikanya kita tidak sedar bahawa kita terdedah secara tidak langsung terhadap pencemaran tersebut seperti asap kenderaan ketika kesesakan lalu lintas dan asap kilang.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien di mana pada hakikatnya, nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat penggunaan racun serangga atau semburan bahan kimia (biasanya digunakan dalam proses penghantaran, penyimpanan). Racun dan bahan kimia ini boleh meresap ke dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ini yang mana berkemungkinan besar boleh mengahsilkan masalah kesihatan tubuh badan anda dalam tempoh jangka panjang.
  • Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yang kebanyakannya kurang atau tidak menghiraukan diet yang seimbang. Bermakna, kita tidak seimbangkan pengambilan setiap jenis makanan yang terkandung di dalam piramid makanan dengan betul.
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok. Merokok bukan sahaja menjejaskan perokok itu sendiri malah orang disekelilingnya juga. Boleh menjejaskan tahap kesihatan dari semasa ke semasa dalam jangka masa panjang.
  • Gangguan penyerapan nutrien dari makanan akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam secara berlebihan.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan dan restoran makanan segera. Suhu penyimpanan makanan dan kaedah masakan di tempat-tempat ini boleh mempengaruhi kehilangan nutrien.
Kekurangan nutrisi boleh meningkatkan risiko:
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah
... dan banyak lagi...


Berikut adalah keputusan bagi Shaklee 2007 Landmark Study


Dalam kajian unggul ini, pihak Shaklee telah bergabung dengan kajian daripada UC Berkley School of Public Health untuk menilai tahap kesihatan pengguna Shaklee dalam jangkamasa panjang.
 
Mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik dari mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.
 
Kajian persendirian yang dibuat oleh pihak Shaklee menunjukkan petanda baik kesihatan masa depan di mana 8 dari 10 pengguna Shaklee menunjukkan peningkatan kesihatan dari 'Amat Baik' kepada 'Cemerlang'.





*Perbandingan menunjukkan peratus pengguna Shaklee terhadap pengguna yang tidak mengambil sebarang suplemen. Data untuk pengguna yang tidak mengambil suplemen langsung didapati daripada NHANES 2000-2001 dan NHANES III 1988-1994.




Adakah kita mempunyai pilihan untuk menentukan 
kesempurnaan kesihatan kita?
Sudah pasti YA...dan untuk memastikan itu, kita perlulah
memilih suplemen yang benar-benar berkesan untuk tubuh badan kita.





Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi Syue di sini.
 
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com