Review Filem Inspirasi ~ Rocket Singh: Salesman of The Year

syuesalim | February 20, 2017 | 0Komen |

Syue ni bukanlah peminat tegar cerita Hindustan tapi tengok tu bolehlah. Dah lama tak layan hindustan dengan bersungguh-sungguh macam zaman belajar dulu; zaman kemasyhuran filem-filem SRK. Sesuai dengan umur masa tu, tengok Hindustan, ada hero hensem baru best layan..hahaha.. Mai dah umoq mak-mak ni, lebih nak layan cerita yang logik, yang jalan ceritanya tak berat sangat, yang tak berapa ada lagusangat, hero tak glamer mana pun tak kesah dah...heee 😁 Satu cerita Syue nak rekemen korang tengok; ROCKET SINGH: SALESMAN OF THE YEAR. Serba ringkas Syue ceritakan sinopsis cerita dia eh.

Harpreet Singh ni baru grad, yang gred belajar dia tak tinggi mana pun. Kawan dia ajak sambung belajar, tapi dia rasa masa depan dia dalam 'jualan'. Dia mintak kerja, akhirnya dapat jadi trainee kat satu syarikat. Satu hari, dia ditugaskan untuk deal dgn klien utama syarikat tu. Satu perangai Harpreet ni; dia sangat naif. Bila GM sykt itu cuba deal jualan dengan dia dengan 'cara kotor', dia tak puas hati. Terus dia buat aduan kat syarikat itu tentang sikap GM tu. Bunyi pun macam cari pasal kan. Bila bos dia tahu (mestilah GM tu yang report) macam-macam dia kena hina. Bermula dari situ lah macam-macam cabaran Harpreet kena lalui & plot-plot cerita memang semakin menarik. Tak boleh cerita habih; kena tengok sendiri la..baru best 😄

Syue kan, kalau lepas tgk satu-satu movie tu, kalau suka lakonan pelakon utama tu, mesti cari siapa pelakon tu. Ranbeer Kapoor. Rupanya dia ni anak Rishi Kapoor haaa. Zaman mak abah Syue terkenal haa Rishi Kapoor ni. Syue pun pernah tengok filem-filem lakonan dia. Cuma anak dia ni baru kenal. Padanla hensem, putih macam ayah dia. Eh...terkeluar topik pulak 🙊😁.

Jadi, apa mesej yang Syue dapat dari filem ini? Cerita ni bagi Syue cukup berinspirasi terutamanya kepada usahawan baru. Apa yang kena ada pada seorang usahawan?
1. JUJUR perlu ada untuk dapatkan kepercayaan pelanggan.
2. DEDIKASI pada kerja
3. JUALAN, PERKHIDMATAN dan SOKONGAN adalah 3 perkara utama dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.
4. Layan semua orang dengan HORMAT
5. LIBATkan semua orang dalam pembuatan keputusan
6. Cuba penuhi apa yang pelanggan mahu; bukan semata-mata jual apa yg kita ada
7. Tumpukan kepada penyelesaian dan bukan memikirkan masalah.

Tujuan utama keusahawanan ini adalah untuk mencapai kemasyhuran dan kebebasan kewangan, sbb memang ada beza antara 'buat duit' dengan 'dapat duit'. Melalui contoh Harpreet Singh ni, usahawan baru boleh 'dapat' duit jika dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada pelanggan manakala selebihnya, jujur ​​kepada diri sendiri/orang lain dan merendah diri kepada pasukan sendiri.

"SALES is the only field where common sense matters than grades". KAN??


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com