Syue mula
dengan shaklee ni asalnya sekadar guna sendiri; hujung 2012. Masa tu
beli dari orang lain saja. Bila serasi dengan hasilnya, Syue fikir apa kata daftar ahli saja & libatkan terus dalam bisnes Shaklee ni. Lagipun dok rumah
saja, anak pula masih 2 masa tu, banyak masa terluang. Hujung tahun baru 2013 baru daftar ahli & cuba nak berbisnes.
Setahun tu fikir! 😅
Hujung tahun 2013 hingga awal tahun 2014 cuba nak berkomitmen, sebab masa
tu mengandungkan kembar, Syue fikir lagi mudah buat kerja tanpa
gangguan. Nak sharing di FB pun masih takut-takut, tapi Syue cuba jugak. Bila
masa semangat tengah naik, beranak la pulak April 2014. Bila dah beranak,
cara ber anak kecik pulak. Drag punya drag punya drag, makan tahun nk
berkomitmen balik 😔.
Tapi Syue suka 'mak' a.k.a upline Syue; tak penah putus harap bagi support kat Syue untuk
proceed dengan biz ni. Sekali melangkah masuk, no turning back!
Bila Syue berkeputusan untuk bisnes dari rumah, sebetulnya Syue tak sangka
yang ia memerlukan komitmen dan disiplin diri yang SANGAT tinggi. Faktor
inilah yang memainkan peranan dalam menentukan produktiviti harian. Jika orang fikir kita ada kat rumah itu boleh sepanjang masa melayan anak,
sentiasa mampu masak yang hebat-hebat, rumah sentiasa kemas dan bersih, baju
semua siap berlipat...hakikatnya bekerja di rumah juga seringkali
dihambat dengan MASA - sama juga seperti yang bekerja pejabat.
Kelebihannya, ya lah..kerja di rumah tak payah fikir jem, nak bersiap pagi-pagi lawa-lawa dengan tudung baju formal semua. Sepatutnya ada masa yang lagi panjang lah kan berbanding yang
kerja di pejabat namun jika hari-hari tidak dirancang dengan betul, 24 jam
di rumah berlalu begitu saja.
Cabaran: Disiplin dan masa
Bila dok rumah, takdak sapa yang paksa kita untuk buat kerja, untuk capai KPI, untuk siapkan laporan dlm masa tertentu. Tapi tu lah, susah nak disiplin. Tak nafikan Syue juga kadangkala terbabas tak ikut jadual. Ada masa terlalu banyak sangat layan gajet. Inilah pencuri masa yang sangat hebat zaman ni. Konon nak layan kejap ja...5minit, lepastu 15minit, lepas tu setengah jam sehingga tak sedar jadi sejam. Arghh!!
Penyelesaian: Kena kuatkan diri supaya IKUT jadual harian; rancang dan tentukan mengikut kesuaian dan keselesaan kita. Kurangkan masa tidur dan membuang masa tidak tentu hala kerana bagi kita MASA AMAT BERHARGA.

Cabaran: Anak
Itulah yang seringkali menjadi halangan (atau alasan) bagi yang bekerja dari rumah. Ya lah..kita nak mula kerja, dia pun nak kerja jugak. Masa tu lah nak makan nak berak nak nanges nak main.
Penyelesaian: Komitmen kerja dengan anak perlu diseimbangkan. Jika disusun jadual dengan betul dan yang penting - BERLAPANG DADA, insya Allah semua akan ok. Tak apa lah kalau perlu layan anak lebih sikit pun kan. Kita niat dok rumah pun nak mereka ada depan kita kan.

Cabaran: Emosi
Ada masa terasa terlalu penat dan jemu. Ya lah, kerja rumah yang rutin, kena pula berhadapan dengan karenah anak-anak, memang penat jiwa dan fizikal. Kadang-kadang tewas jugak; terlepas kemarahan pada anak-anak. Kadang-kadang sales pulak kurang, down. Macam-macamlah perasaan negatif datang. Nak buat kerja tak boleh dah. Memang kadang2 Syue akan terbawa-bawa dalam melayan perasaan ni.
Penyelesaian: Di saat diri sendiri sedang huru-hara, Syue cuba untuk tenangkan diri sendiri dahulu, re-caj tenaga atau cari masa sendiri (Me time). Kumpul kekuatan yang ada untuk lawan dan bangkit semula. Hari-hari kena motivasikan diri dan mohon pada Allah mudahkan urusan setiap hari.
Setiap orang ada kapasiti tersendiri dalam menguruskan rumah tangga dan bisnes. Yang penting hanya kita yang tahu kemampuan diri kita. Semoga Syue mampu istiqamah dengan pilihan Syue.

No comments:
Post a Comment