Pentingnya Pengurusan Alir Tunai

syuesalim | February 24, 2017 | 0Komen |
Jom crita pasai duit 💰💰💰
--------------------------------------------
Tengok di fb di IG malah di blog, ramai kawan-kawan berniaga sekarang. Seronok tengok. Ada surirumah bekerja dari rumah; ada juga yang bekerja makan gaji tapi buat kerja part-time untuk tambah pendapatan. Jual makanan, jual baju, jual beg...uii, macam-macam lah. Tumpang gembira dengan kesungguhan kawan-kawan. Boleh tumpang beli juga 😁

Cerita kali ini nak bagi tips bagaimana orang yang ada bisnes ni menguruskan alir tunai (cash flow). Saya ni ada belajar akaun... duluuu... keja pun lama sangat dah cuti..hehe..makanya, banyak lupa (ampuunnn😂) tapi yang asas tu boleh la sikit-sikit. Penting untuk kita tahu yang ASAS saja. Tak payah banyak-banyak. Bila dah cekap, bolehlah perlahan-lahan tambah ilmu bab ini ya.

Tahu tak beza antara TUNAI dgn ALIR TUNAI?
💰 Tunai adalah wang siap dalam bank atau dalam bisnes. Ia bukan inventori, bukan akaun belum terima (apa yang anda hutang), dan ia bukan harta.
💰 Alir Tunai pula pergerakan tunai masuk dan keluar. 
Mudah kan.

Sebab apa pengurusan aliran tunai sangat penting?
💰Penganalisis perniagaan melaporkan bahawa pengurusan tunai yang lemah adalah sebab utama kegagalan bisnes. Jadi adalah penting untuk memahami konsep asas aliran tunai sebab ia membantu anda merancang untuk kemungkinan yang tidak dijangka.
💰Bukankah UNTUNG lebih penting?
"Tiada perniagaan yang boleh jatuh jika tiada keuntungan. Tapi banyak bisnes jatuh sbb tiada TUNAI". Untung yang banyak tidak bermakna lebih banyak wang tunai di tangan. Keuntungan adalah jumlah wang yang kita HARAPkan kita dapat HASILkan dalam tempoh masa tertentu, manakala wang tunai adalah apa yang kita MESTI ada di tangan untuk memastikan perniagaan terus beroperasi. Dari masa ke masa, keuntungan syarikat adalah kurang bernilai jika ia tidak disertakan dengan aliran tunai bersih yang positif.

PENGURUSAN ALIR TUNAI adalah mudah.
💰Kena tahu bila, di mana dan bagaimana keperluan tunai akan berlaku.
💰Kena tahu sumber terbaik untuk dapatkan tunai tambahan
💰Bersedia untuk penuhi keperluan tersebut bila ianya berlaku, & jaga hububgan dengan bank dan pemiutang.

Bagaimana cara nak urus aliran tunai?
**Paling mudah, paling asas**
💰Buat unjuran aliran tunai.
Pemilik perniagaan mesti tahu bagaimana untuk buat unjuran aliran tunai menguruskan wang tunai setiap hari, unjuran jangka pendek (mingguan, bulanan) dan jangka panjang (tahunan, 3-5 tahun). Unjuran ini juga membantu membangunkan strategi modal. Buat lah dalam cara macamana pun;a manual spt buku tunai, atau guna komputer. Yang penting mesti buat.
💰Buat akaun yang berasingan untuk bisnes
Buat satu untuk kitaran modal, satu untuk simpan atau untuk keperluan lain. Sebolehnya asingkan duit supaya kita tak terguna duit yang sepatutnya untuk bisnes.

Jadi, kalau nak pastikan bisnes yang anda buat terus kekal, jangan ambil mudah aliran tunai ni tau. Sangat asas. Kalau tak ada degree atau diploma dalam bidang akaun @ perniagaan pun tak apa asalkan kita tahu macamana nak urus aliran tunai sendiri.
Semoga korang terus sukses dengan bisnes masing-masing ya 😉

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com