Ada satu kisah sedekah yang Syue baca dari satu buku. Cukup memberi kesan. Moga kita dapat amal dan ambil iktibar juga. Meh Syue kongsi dengan korang yer.
Saya kenal seorang tua. Namanya Imam Tajudin. Saya panggil Pak Imam saja. Berpuluh tahun berpengalaman menjadi imam. Beliau mempunyai rutin harian memberi makanan kepada burung. Bahagian
halaman belakang rumahnya diciptanya taman kecil yang dipenuhi dengan
pelbagai pasu bunga. Bunga-bunga cantik dan berwarna warni memenuhi taman
kecilnya. Kemudian didirikan pelantar setinggi orang dewasa berdiri. Di
situlah diletakkan makanan bagi menjamu burung. Pada pelantar itulah
yang menjadi sumber rezeki burung- burung pada setiap hari.
Ternyata kehidupan Pak Imam kelihatan penuh berkat. Impiannya seperti
mudah dicapai. Impiannya mahu memiliki rumah sendiri Allah kabulkan
walaupun berpendapatan kecil. Impiannya mahu membina rumah dekat dengan
surau pun Allah kabulkan. Pernah saya dengar Pak Imam mahukan
agar surau berdekatan rumahnya menjadi lebih cantik, besar dan selesa.
Ternyata impiannya itu menjadi kenyataan. Setelah beberapa tahun saya
tinggalkan kampung itu, terlalu banyak perubahan pada surau itu. Pasti
ada saja pembaharuannya. Semakin besar cantik dan selesa.
Saya
percaya Pak Imam yang umurnya lebih 80 tahun tidak punya begitu banyak
wang untuk berbelanja begitu besar untuk pembaikan atau pembesaran
surau. Apatah lagi untuk bina menara, pasang karpet atau pasang
pendingin hawa. Tapi saya percaya Pak Imam mempunyai hubungan yang akrab
dengan Pemilik Kekayaan sebenar. Wirid dan solat sunatnya panjang-panjang.
Begitu juga dengan sedekahnya.
Katanya;
"Kalau hendak rasa
ikhlas bersedekah, berilah makanan kepada binatang. Sebab binatang
memang tidak akan mampu mengucap terima kasih, apatah lagi membalasnya.
Hanya Allah yang akan membalasnya"
🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊
Nak cari kelainan dalam amalan sedekah? Bolehlah buat begini pada binatang. Sedekah tidak hanya terhad pada manusia sahaja ya. Moga Allah jua memberi ganjaran pahala pada kita berbuat baik pada makhluk-Nya 🤗
"Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan
sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka
sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)." (Al-An'am 6:160)
Marilah banyakkan bersedekah 💓💓
No comments:
Post a Comment