Syue baca kebanyakan artikel, orang yang mengandung kembar ni, alahan, morning sickness nya, atau apa-apa simptom/masalah sepanjang mengandung adalah 2x ganda dari kehamilan biasa. Tapi, alhamdulillah. Awal2 trimester, sehinggalah sekarang, Syue langsung tak mengalami semua-semua tu. Syue ikut aturan pengambilan Set Mengandung Shaklee. Kalau ada rasa-rasa tak sedap tekak, memang Syue bancuh ESP. Selera makan pun terkawal. Lagipun, ianya sumber protein terbaik untuk perkembangan otak anak-anak dalam kandungan. Kawan-kawan yang terserempak dengan Syue pun kata, Syue tak nampak gemuk. Nampak macam letak bola je di perut tuh. Maknanya, bentuk badan Syue maintain. Haaa, nampak peranan ESP disitu. hehehe.
Tapi vitamin yang Syue paling suka, ostematrix. Pengalaman dua kali mengandung sebelum ni, Syue sangat fobia bila nak ke tandas. Semua wanita sedia maklum, bila perut semakin besar, ibu-ibu mengandung akan mengalami masalah sembelit. Lagi besar perut, lagi serius sembelitnya. Nak ke tandas, dahle 2-3hari sekali. Sekali masuk tandas, bercinta & menangis dalam tu. Wajib ke klinik ambil ubat punggung & telan ubat untuk kecutkan urat timbul (klinik tu tulis..hehe). Malam-malam mesti tak boleh tidur. Kaki kejang. Tapi, untuk kali ini, Syue amalkan 4biji ostematrix sebelum tidur. Kata orang, semakin usia kandungan meningkat, semakin susah nak tidur. Tapi tidur Syue sangat nyenyak, langsung tak alami kejang kaki malam-malam, dan pembuangan memang lawas; konsisten setiap pagi. Ianya juga tablet kalsium terbaik, jadi Syue harap ianya dapat membantu dalam pembentukan kekuatan tulang anak-anak Syue. Sebab tu Syue menyesal tak kenal Shaklee awal-awal.
Ada ketika di trimester pertama, Syue mengalami selsema & batuk. Sejak kenal Shaklee, Syue dah lama tak makan ubat batuk & selsema. Kalau dah mengandung, lagi tak sesuai ambil ubat-ubatan kan. Kalau nak diikutkan, mahu Syue biarkan saja penyakit ni baik sendiri, tapi makan masa lah. Jadi, selain mengamalkan petua tradisional bagi hilangkan batuk, Syue juga ambil vitamin C untuk hilangkan selsema bersama dengan Nutriferon untuk kuatkan sistem imun badan. Alhamdulillah dalam seminggu selepas itu, selsema Syue dah kering & batuk pun hilang. Dah tak sudi datang hinggap dah.
Vitamin B Complex memang kena ambil. Kan ada asid folik juga. Selain baik untuk perkembangan bayi, boleh kurangkan rasa lesu & letih ibu sepanjang mengandung. Memang Syue duduk rumah saja, tapi duduk rumah lagi letih tau. Macam-macam kerja non-stop kena buat. Di hujung-hujung kehamilan, seperti sebelum ini, Syue biasa berdepan dengan masalah HB (hemoglobin) rendah. Jadi Syue up dose pengambilan Vita-lea dari 1 ke 2 biji sehari dan terus maintain sehingga bacaan HB Syue kembali normal.
Bacaan HB rendah Syue mungkin tidak seteruk mana. Tersasar border sikit saja. Bacaan klinik biasanya dia nak 11. Bacaan Syue 10.8. Tapi ada individu yang lagi teruk bacaannya sehingga boleh jadi anemia. Anemia ketika hamil boleh buat ibu serik nak mengandung tau. Takut, risau, seriau semua ada.
Syue konsisten ambil kesemua vitamin-vitamin ni hinggalah sekarang. Alhamdulillah, walaupun mengandung kembar, Syue rasa macam mengandung seorang. Tiada bebanan. Syukur Allah memudahkan segalanya. Tidak dilupa amalan rohani, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah.
Itu pengalaman Syue sendiri. 8 bulan nan indah. Tunggu di entry berikutnya, insyaAllah Syue akan tulis pengalaman berpantang pula. Mudah-mudahan semuanya selamat. Bagi ibu-ibu mengandung, Syue memang rekemen 100% kepada anda untuk mengambil set ini. Terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. Yang penting, kita berusaha untuk memberi yang terbaik untuk diri sendiri dan anak yang dikandung. Syue sedang guna & Syue alami sendiri perbezaannya. Sangat berbaloi.

No comments:
Post a Comment