Roti Sarang Lebah Paling Sedap dan Mudah

syuesalim | June 25, 2015 | 0Komen |
Cerita bab roti ni, di Malaysia, roti apa yang tak pernah makan. Kedai roti dan kek merata-rata kan. Pilih jer; roti sosej, roti keju, donut, pizza. Yang penting, murah dan sedap. Tak pernah terfikir pun macam mana orang buat roti ni kan. Pilih, bayar, makan.

Tinggal di tempat orang ni banyak mengajar diri menjadi lebih berdikari. Dari tak penah buat, jadi selalu buat. Dari tak pandai buat jadi pandai. Dari pandai sikit jadi pandai banyak. Sebab tu bila difikir balik, untung juga yer menetap di negara luar. Memang sentiasa akan ada peningkatan. Improvement orang cakap. Hehe.

Roti di Qatar ini boleh dikatakan makanan ruji. Roti yang tebal nipis semua ada. Biasanya jika kita memesean hidangan beasaskan kebab atau kofta, akan turut disertakan dengan roti. Shawarma, pun terkenal di sini selain roti nan dan pratha. Selain dari nasi mandy @ nasi arab yang terkeal di Malaysia, roti pun ada orang panggil roti arab. 

Jika sebut roti arab ni, ini bukan roti bulat-bulat besar macam roti-roti yang Syue sebut tadi tau. Roti ni lebih kurang macam bun. Nama rasmi dia Roti Sarang Lebah. Ini kalu surf di Internet pun dah banyak orang kongsi resepi ini. Syue pun dah tak ingat dari sumber mana Syue dapat resipi ini, tapi ini adalah resipi roti yang pertama Syue cuba dan terus jadi. Mana tak seronok weh. Mula-mula rasmi bread maker pun sebab buat roti ni haaa. Hahaha. Memang Syue suka buat. Bahan mudah, hasil dia pun puas hati. Bila dah siap, sekali hadap rupanya. Memang tak muak bila makan.

Mari kita lihat resepinya

ROTI SARANG LEBAH dengan SOS BUTTERSCOTCH

Doh
1/2 sdt yis
1 sdb gula pasir
1/2 cawan air suam 
2 cawan tepung gandum
1/2 sdt baking powder
1/4 sdt garam
1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik)
1/4 cawan minyak  bunga matahari
  • Larutkan yis & gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  • Dalam mangkuk lain, satukan bahan kering; tepung, baking powder, garam
  • Jika guna BM (bread maker):
    • Masukkan bahan cecair; campuran yis, yogurt, minyak dan diikuti oleh bahan kering\
    • Setkan function 'dough' dan biarkan BM tu buat kerja dia. Biasanya 1 1/2 jam tu dah siap uli & peram
  • Jika uli tangan @ secara manual:
    • Uli dengan bersungguh-sungguh (hehe) sehingga tak melekat di tangan. Biar jadi elastik. Lagi lama lagi bagus. Nanti roti jadi gebu.
    • Biar doh naik 2kali ganda
  • Untuk dua-dua kaedah tadi, selepas doh dah naik, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan anginnya
  • Sapukan tangan dengan minyak, ambil sebesar buah langsat dan susun rapat di dalam loyang yang sudah digris.
    • PERINGATAN: Doh memang lembik. Jangan pandai-pandai tambah tepung yer. Guna ja minyak & sapu di tangan masa nak uli kecil-kecil tu.
  • Taburkan biji labu @ kepingan badam @ bijan (mana-mana jika suka) atau biar kosong saja, dan biarkan doh rehat dan naik 2 kali ganda lagi.
  • Tetapkan oven pada suhu 180-200C (ikut kesesuaian oven masing-masing)
    • PERINGATAN: Pastikan oven panas betul-betul sebelum masukkan loyang ye supaya mematuhi piawaian yang berkehendakkan tekstur roti lembut bak kapas. hehe.
  • Bakar 10-15minit sahaja.
    • PERINGATAN: Jangan bakar terlalu lama. Nanti jadi keras. 
  • Bila dah siap, keluarkan dari oven cepat-cepat dan tuang sos butterscotch di atasnya.
Sos Butterscotch
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
2 sdb mentega
1/2 sdt esen vanila
secubit garam
  • Cairkan mentega dalam periuk kecil.
  • Masukkan gula perang, kacau sehingga gula larut & berbuih
  • Masukkan whipping cream sambil kacau perlahan-lahan
  • Masukkan esen 7 garam dan setelah semuanya sebati, tutup api. Biarkan sejuk.
    • PERINGATAN: Jangan sesekali tinggal untuk kacau gula ya...nanti gula hangus. dan hati-hati semasa menuang cream, kerana gula panas boleh meruap.
Roti sarang lebah versi Syue
Masa Syue buat ni, segala jenis kacang tak ada. Jadi, biar kosong jelah. Tapi kosong pun, nampak comel je kan. Dengan saiz begini, anak-anak memang sekali hadap. Plup plup masuk dalam mulut. Laju betul! Tinggal harapan la nak simpan esok. Cuba tengok tekstur dia, memang macam lembab. Lembut sangat. Tak muak tau.

Roti yang ini pula Syue derhaka teknik. Saja bentukkan bulat tu bagi besar, Nak cepat kononnya. Bulatkan besar-besar, cepatla habis kan. Macam tak berapa comel pulak rupanya. Rupa-rupayanya tak berapa laku. Anak-anak nak habiskan sebijik tu pun macam susah saja. Pada pendapat Syue lah kan, mungkin sebab saiznya lebih besar, tempoh masa pembakaran kena tambah. Kalau ikut masa asal nya, untuk saiz ini mungkin roti tak berapa masak di sebelah dalamnya. Jadi, bila tambah masa membakar, tekstur dia dah berubah. Dah tak berapa lembab.

Lagi satu, diorang perisi kacang-kacang kat atas tu. Susah payah mama tabur nak bagi cantik, anak-anak pulak tak makan. Maknanya memang kena buat seperti gambar di atas lah selepas ini. 

Secara jujurnya, memang best tau roti ni. Bahan-bahan pun mudah sangat. Boleh ka guna resepi ini untuk buat bun lain? Bun kacang merah, bun kelapa. Boleh je! Kita yang buat dia kan.

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com