6 Tips Turunkan Berat Berpuluh Kilo Selepas Bersalin

syuesalim | March 13, 2015 | 0Komen |
Nak KURUS! Masalah sejagat untuk wanita yang baru lepas bersalin. Fuh, sangat mencabar. 9 bulan mengandung dan masa itu orang sekeliling akan kata, "Alah, makan saja...tak payah nak jaga-jaga makan sangat...ingat anak dalam perut tu...nak kembang ka, nak lebar ke, biar...lepas beranak, fikir lain..." Ada macamtu?? Syue pun macamtu jugak. Ada je suara-suara yang bagi galakan. Eh tapi betul...9 bulan tu lah anda nak makan betul-betul tanpa perlu nak fikir apa orang akan kata pada badan anda. Tapi berpada-pada lah makan tu yer. Jangan sampai pergi routine check-up sangkut pulak; kencing manis lah, darah tinggi lah. Lagi susah..haha...

Apa ilham anda nak kurus balik? Ada orang kan, gantung jeans zaman anak dara dulu, saiz pinggang 27. Fuyohh...Hari-hari mengadap jeans tu jadikan motivasi. Ada orang letak balik gambar masa nikah. Haaa, Syue tahu yang ni mesti ramai orang buat. Mungkin ada yang kata kenangan zaman kawen, tapi secara tersiratnya tuan rumah nak body macam zaman tu balik. Percayalah. haha. Tak caya? Cuba tengok video ni, apa Puan Salwa buat. Bila beliau letak gambar beliau masa nikah, tengok apa orang cakap kat dia. haha. Dah dikata begitu, belum cukup tekad nak turunkan berat bdan lagi?





Jika anda sebelum mengandung mempunyai berat normal dan berat badan naik sekitar 10-15kg, mungkin anda hanya memerlukan masa sebulan ke dua bulan untuk dapatkan semula berat badan ideal anda jika anda jaga pemakanan dan bersenam. Tapi, jika anda dah overweight sebelum mengandung dan bertambah lagi berat badan ketika mengandung, mungkin akan mengambil masa yang lebih lama...setahun dua barangkali. Tak perlulah nak tiru seperti Victoria Beckham atau Jeniffer Lopez yang lepas bersalin terus dapat body asal. Kita tak tahu selebriti begini melalui diet dan workout yang bagaimana, mungkin sangat strict. Mereka menjadi perhatian dunia, dan adalah penting jika mereka dapat balik body asal secepat mungkin.


Jangan stress stress dan cuba ikut tips-tips ini. Mana tahu jika ianya dapat bantu anda dapatkan balik berat badan anda seperti zaman anak dara.

1) Jangan DIET
Agak pelik, tapi percayalah, DIET hanya akan buat matlamat anda untuk kurus GAGAL. "Diet is a special course of food to which a person restricted themselves, either to lose weight or for medical reasons." Apa yang Syue faham dengan definisi di atas, diet adalah keadaan di mana seseorang itu mengehadkan pengambilan makanannya samada untuk tujuan menguruskan badan atau atas tujuan perubatan. Namun ada di kalangan masyarakat kita faham diet ini sebagai "jangan makan". Macamana pun definisinya, nak kurus, jangan diet & tak boleh tak makan. Untuk apa kita nak sekat atau buang terus apa yang kita suka makan kan. Jadi, penuhi keinginan makan anda, dengan syarat, pastikan zat makanan anda seimbang dan kuantiti pengambilan yang bersesuaian yer. Percayalah, anda akan berjaya kuruskan badan secara natural.

2. Menyusu badan
Ini dia secret weapon wanita selepas bersalin. Ada kajian menyatakan wanita yang menyusu secara eksklusif boleh membantu kembali ke berat badan asal dengan cepat. Apa yang pasti, ianya baik untuk bayi anda, meningkatkan imuniti badan dan memberi pelbagai kebaikan kepada kesihatan ibu dan bayi. Cuma anda perlu pastikan, jangan gunakan alasan menyusu untuk anda hentam makan apa yang anda suka.

3. Banyakkan memakan "super foods"
Bila kita dah jadi ibu, ditambah lagi jika menyusukan anak, badan memerlukan nutrisi yang maksimum. Pastikan anda memilih  makanan  yang mengandungi banyak nutrisi dan rendah kalori. Salah satu makanan "super foods" adalah ikan. Ini kerana ikan adalah sumber DHA, asid lemak omega-3 yang membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi anda yang baru lahir. Sumber terbaik DHA adalah seperti salmon, sardin dan tuna. Mampu ke nak makan ikan-ikan tu setiap hari? Penyelesaiannya, banyak kapsul minyak ikan dijual di pasaran. Namun, Syue lebih suka pada OmegaGuard. Sebab dijamin ianya minyak ikan terbaik dunia. Susu dan yoghurt juga termasuk dalam 'super foods' kerana kandungan kalsium yang terdapat dalam makanan ini membantu menguatkan tulang. Dan jangan lupa protein. Daging, ayam dan kekacang rendah lemak dan tinggi kandungan protein & fiber. Makanan ini memang bagus dan boleh bagi anda rasa kenyang lebih lama. Pilihan Syue? Semestinya ESP. Protein terbaik.

4. Banyakkan minum
Dengan meminum banyak air dapat mengelakkan diri anda dari dehydrated. Ada kajian mendapati ianya boleh menigkatkan metabolisma badan. Namun yang lebih penting, bila kita minum banyak, kita pun akan kurang makan. 
Ada yang kata minum 8gelas sehari. Ada juga yang kata untuk setiap 25kg berat badan bersamaan dengan 1liter air. Tak kisah lah berapa banyak sukatan air kena minum, yang penting setiap kali ke tandas urin mesti jernih. Tak kisahlah berapa kali ke tandas, urin jernih bermakna cecair dalam badan anda mencukupi.

5. Bersenam
Haaa..bab ni ramai yang secara sengaja atau tak sengaja escape. Mana nak jaga bayi lagi, urus rumahtangga lagi, nak bersenam pulak? Tiada alasan sebenarnya. Senaman ini sangat membantu dalam pengurusan berat badan. Dapat membantu membakar kalori & membina otot dan tulang lebih kuat. Tak perlu nak ke gym pun. Buat kerja rumah pun satu senaman juga. Sekarang pun terlalu banyak video senaman ringkas yang boleh diikuti di Youtube, majalah, tv. Tak pun, anda boleh cuba begini. Bawak anak anda tolak stroller pusing-pusing di kawasan perumahan anda. Mulakan dengan 10 minit. Selepas itu cuba tingkatkan ke 20-30minit. Lama lama anda sendiri akan seronok. Anak pun rasa puas dapat keluar tengok dunia luar hari-hari. Dengan cara ini secara tak langsung dapat membantu melegakan tekanan dalam rumah. 

6. Tidur yang Cukup
Bila dah ada bayi ni, memang tak dapat dah nak tidur selama 8jam. Ada kajian menunjukkan wanita yang tidur 5jam atau kurang akan mengekalkan berat badan ketika mengandung berbanding mereka yang tidur 7jam. Kenapa? Bila kita kurang tidur, badan akan letih. Bila badan letih, badan akan melepaskan hormon cortisol dan lain-lain hormon stress yang menggalakkan peningkatan berat badan. Bila dah letih, kita pun rasa malas nak bersenam, malas nak masak makanan berkhasiat. Kita jadi malas nak jaga diri sendiri. Itu padahnya kalau kurang tidur. Kita selalu dengar dalam pantang biasanya orang tua pesan 'tidur bila anak tidur'. Betul lah tu. Lumrah kan bayi di awal kelahiran, tidurnya banyak di waktu siang, malam berjaga. Jadi, kita yang patut cari peluang sebanyak mungkin untuk 'tidur sekejap' di waktu siang dan masuk tidur awal sehinggalah bayi anda mula tidur malam.

Jadi, kesimpulan yang Syue boleh katakan, pekara penting paling utama adalah SABAR dengan diri sendiri. Nak kurangkan berat badan tidak semudah semasa naikkan berat badan. 9 bulan kita bersabar dengan berat badan yang di luar jangkaan kita, dan wajarlah jika kita ambil masa selama itu juga untuk kembali ke berat asal kan. Jangan terlalu teruja untuk kurus sehingga mendatangkan stress pada diri. Setiap wanita berbeza kadar metabolisme badan. Kalau anda kurus cepat, Alhamdulillah. Kalau lambat, usaha lagi. Segalanya terpulang pada diri kita juga.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com