7 Jenis Minuman Detox Yang Anda Mesti Cuba!!

syuesalim | September 23, 2014 | 0Komen |
Kereta, bila cukup masanya, kena servis. Buang minyak hitam kita biasa sebut kan. Apa jadi kalau kita skip tempoh servis tu? Atau tak payah tukar minyak hitam tu? Lama-lama akan ada kerosakan lain yang timbul yang tidak mungkin dijangka pada kereta itu. Badan kita pun diibarat begitu. Pun kena 'servis' juga. Kita hari-hari makan bermacam-macam jenis makanan, dan memang ada yang kita dah buang. Tapi adakah semua dibuang secara semulajadi? Yakin tiada yang tertinggal? Jika ada, yang tertinggal itulah lama kelamaan akan menjadi toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan.
 
Di sini saya kongsikan 7 jenis minuman detox atau secara mudahnya, minuman DETOX/BUANG TOKSIN yang anda perlu cuba. Sangat semulajadi. Sangat jimat. Boleh buat di rumah bersama-sama keluarga anda. Mungkin anda boleh belek apa yang ada di dapur tu, tengok apa yang sesuai untuk kita jadikan minuman detox ini. Jadi, mari kita CUCI semua toksin yang ada dalam badan kita. 
 
1. Air Lemon (Lemon Water)
Minuman ini sangat popular sebagai minuman detox, tapi tak ramai yang tahu manfaat mengamalkannya. Dengan pengamalan air lemon, ianya akan membantu mengeluarkan toksin yang berada di dalam badan, serta zat-zat kimia yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Campurkan lemon di dalam segelas air suam, tanpa gula ya, dan minum. Amalkan setiap pagi! Tak pedih perut ke? Air lemon berbeza dengan air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid dalam badan. Syue sebelum cuba minum air lemon pun berfikiran begitu. Tapi bila dah cuba, memang perut tak pedih. Anda kena cuba! Pasti berpuas hati dengan hasilnya.

2. Jus epal (Fresh Apple Juice)
 Jus epal (terutamanya yang mentah) mengandungi antioksidan yang tinggi yang mampu membersihkan hati dan buah pinggang. Secara tidak langsung, ia menjadikan sistem penghadaman anda lebih baik. Ianya juga bebas kalori dan lemak malah melindungi anda dari kolestrol. Jadi, apa kata kita amalkan minum jus epal setiap hari. Tidak sukar untuk buat jus epal ini kan. Bak kata pepatah 'an apple a day keeps the doctor away'. Jadi, mulakan sekarang!

3. Jus nenas (Fresh Pineapple Juice)
Nanas digemari oleh penggemar buah-buahan eksotik. Namun, kefahaman bagi sesetengah orang mengatakan pengambilan nanas yang banyak boleh menyebabkan badan berbau dan keguguran bagi wanita di awal kehamilan, menjadikan jus nanas ini kurang digemari. Walau bagaimanapun, menurut kajian, enzim yang ditemui di dalam nanas ini boleh membuang toksin dari traktus intestinal (usus). Ia juga dikatakan mampu menyingkir lebihan protien dan melakukan proses asimilasi pada aliran darah.

4.  Teh pudina (Peppermint Tea)
Pudina sangat terkenal dengan kandungan menthol dan kandungan menthol yang terdapat dalam teh pudina ini mampu memberi kelegaan kepada perut dari masalah gas yang berlebihan, loya atau perut yang meragam. Ia juga sangat baik untuk sistem percernaan kerana mampu menenangkan otot-otot dalam saluran pencernaan, membaiki pergerakan peristaltik dan menjadikan fungsi organ-organ pencernaan ini 'bekerja' secara teratur. 

5. Jus betik (Fresh Papaya Juice)
Satu jenis lagi buah tropika iaitu betik. Saya suka sangat buah betik. Manis & wangi. Dan kita pun sedia maklum peranan buah betik. Kalu kita susah sangat membuang, orang tua-tua sendiri cakap 'pegi makan buah betik'. Betik dalam bentuk jus akan lebih mudah diminum dan segala zat & vitamin akan mudah diserap oleh badan, sekaligus melancarkan sistem pencernaan.

6. Teh halia (Ginger Tea)
Teh halia mampu menenangkan badan dan fikiran. Ianya dapat membantu organ-organ percernaan menjalankan tugasnya dengan baik. Salah satu khasiat halia itu sendiri adalah menambah kesihatan perut dan menyihatkan hati. Didihkan teh dengan beberapa hiris halia, nikmati secawan sebelum tidur dan dapat menyingkirkan stress yang anda alami sepanjang hari.


7. Jus lobak (Fresh Carrot Juice)
Segelas jus lobak segar kedengaran bukanlah sesuatu yang menyelerakan tapi ianya mengandungi khasiat yang tidak ternilai dan mampu menjadi minuman detox yang paling digemari. Jus lobak ini kaya dengan vitamin A, tinggi antioksidan dan mineral dan terkenal dalam merawat masalah sembelit.

Jadi, nak cuba salah satu @ kesemuanya? Sama-sama kita singkirkan toksin jahat dalam badan kita untuk kesihatan yang sempurna.

Di samping mengamalkan petua-petua di atas, Shaklee juga mencadangkan anda set detox. Lebih mudah. Yang pastinya, semulajadi. Terpulang kepada anda untuk mencuba mana-mana asalkan kita dapat singkirkan toksin dari terus bersarang dalam badan kita. Untuk pembelian boleh klik di bawah.


set detox








Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi Syue di sini.
 
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!




**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com