Keputihan: Antara Mimpi Ngeri Golongan Wanita

syuesalim | October 01, 2014 | 0Komen |
Keputihan. Permasalahan biasa yang kita dengar di kalangan wanita. Sungguhpun begitu, ianya tetap berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain. Kebanyakan wanita tidak tahu tentang keputihan & penyebab kepada keputihan itu sendiri. Makanya, mereka mengambil mudah terhadap kewujudan keputihan ini. Walaupun tidak semua keputihan memerlukan rawatan, adalah penting untuk kita tahu, supaya kita dapat mengambil langkah- langkah sewajarnya sekiranya berlaku kepada kita.
Keputihan adalah lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita. Dalam keadaan normal, cairan ini tidak sampai keluar. Namun begitu, cairan yang keluar pula tidak semestinya suatu penyakit. Penting untuk kita dapat membezakan yang mana keputihan normal dan yang mana tidak.

JENIS KEPUTIHAN


1. Keputihan normal. Berlaku pada waktu subur. Biasa terjadi pada waktu dekat-dekat kedatangan haid. Biasanya tidak menyebabkan rasa gatal & tidak berbau. Ciri-ciri lain; sifatnya lebih cair, warna krim atau jernih, & keluar dalam kadar yang sedikit.

2. Keputihan abnormal. Keputihan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan wanita khususnya di bahagian sulit wanita. Ia berlaku kerana terdapat jangkitan bakteria. Keputihan abnormal ini biasanya berbau dan menyebabkan rasa gatal. Ciri-ciri lain; sifatnya lebih pekat, keluar seperti warna putih susu, kuning ataupun hijau, biasanya keluar dalam kuantiti yang banyak dan meninggalkan kesan pada seluar dalam.

PUNCA KEPUTIHAN
  • Kurang menjaga kebersihan vagina. Vagina dibiarkan dalam keadaan lembap. Apabila vagina dalam keadaan lembap, ia akan meningkatkan jangkitan bakteria patogen.
  • Stress. Apabila badan dalam keadaan stress, hal ini akan menyebabkan terjadinya perubahan hormon dalam badan dan salah satunya boleh terjadinya keputihan.
  • Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya
  • Penggunaan ubat-ubatan. Penggunaan antibiotik dalam masa yang lama.
  • Penyakit dalaman seperti kencing manis, tiroid yang menyebabkan ketidakseimbangan horman
  • Keletihan yang melampau

KESAN BURUK KEPUTIHAN
~ Mengganggu keharmonian rumahtangga. 
~ Sekiranya berlaku kepada wanita hamil, risiko jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.

CARA MENGATASI
  • Bersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau besar, seelok-eloknya dengan air
  • Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari & gunakan pantiliner untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan & untuk mengelak daripada melekat pada seluar dalam
  • Elakkan meletak wangian seperti bedak 
  • Elakkan mencuci dengan sabun atau gel mandian kerana ianya mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit. Guna pencuci khusus untuk vagina.
  • Elakkan memakai seluar dalam yang ketat dan bersifat sintetik kerana kain ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada pengedaran udara dan memudahkan bakteria membiak. Guna seluar dalam yang berciri kain kapas
  • Kerap menukar tuala wanita ketika haid terutamanya pada ketika aliran darah haid yang banyak
  • Sentiasa memastikan vagina dalam keadaan kering. Lap dengan sempurna selepas mandi atau buang air. 
  • Lebih berhati-hati menggunakan tandas awam
  • Pasangan suami isteri digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas melakukan hubungan seks
  • Jika anda aktif melakukan hubungan kelamin, lakukan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvik.
Petua tradisional
~ Minum air rebusan pegaga. Pegaga bersama akarnya sekali direbus dengan sedikit garam dan dibiarkan sejuk sebelum minum. Amal 2kali sehari.
~ Cuci dengan air sireh. Beberapa helai daun siren diramas dalam air suam, ditapi dan digunakan untuk mencuci vagina. Amal sehingga masalah keputihan hilang.

Susah ke? Kalau susah nak cari daun-daun tu, kurang sifat rajin, ada yang lagi mudah & senang.

Amalkan vitamin yang semulajadi; alfalfa dan GLA. Kenapa? 
Sebab alfalfa kaya dengan klorofil yang bersifat antikulat. 
Dan GLA pula menghalang kulat dari merebak. 

Dapatkan 2 produk Shaklee ini segera supaya masalah keputihan tidak lagi menghantui anda.


set keputihan




Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi Syue di sini.
 
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!




**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com