Mealshake Pemecah Tradisi Picky-Eater

syuesalim | June 21, 2017 | 0Komen |
Ini anak bujang Syue yang nombor dua; paling manja, paling rapat...bonding orang putih kata, ye dok...bukan rebonding tau...heee 😁

Asbab berkenan dengan Shaklee bermula dari Mealshake. Bukan makan sendiri, tapi bagi ke dia ni lah. Dia paling lama menyusu badan; 2 tahun 4 bulan. Makanya dia paling susah nak makan. Lepas wean off, dia dah tak sambung hisap botol. Sebab tak pernah diperkenalkan dengan botol. Memang lega lah di situ. Dengan harapan minum dalam cawan pun takpa lah kan.

Tapi tetap takmau juga susu. Memilih makan sayur, tak payah cerita la kan. Jenuh dok ugut nak suruh makan ja pun 😂. Selalu budak-budak kalau takmau makan mesti kita fikir kecacingan kan. Tapi sini banyak pasir, mana nak ada cacing (kot..hee). Sebab nak cari ubat cacing kat farmasi sini susah tau. Klinik pun takdak rutin bagi ubat cacing ke kanak-kanak. Mungkin sebab sini takdak tanah so cacing pun takleh beranak kot. Eh banyak betol kot kot!
 
Jadi Syue ikhtiar dengan Mealshakes ni. Masa tu umur dia dekat-dekat 3 tahun. Dah lama minum tu, dengan izin Allah lama-lama nampak makin bertambah selera dia. Idokla terus berselera cam monster haa; smpi naik tembam pipi, tembun badan. Tapi dah mau makan la apa yang mama dia bagi. Dah kurang drama ugut mengugut haaa. Sekarang ni, kadang-kadang mai gak peel dia nak memilih makan neh. Tapi tu atas kreativiti mama plak nak masak macamana kan. Brokoli kalu kena gaya masak, memang semangkuk dia ratah 😂

Alhamdulillah sampai sekarang jadi kegemaran anak-anak. Pagi-pagi sebelum ke skolah, kalau bancuh dengan air coklat, mesti dia suruh tinggai ketul-ketul tu (bagi yang belum tahu, Mealshake susah larut dalam air kalau dikacau begitu sahaja...kena shake shake haa). Dia suka ratah!...Mana tak sedap, berperisa vanila kan.

Tapi berulang kali diingatkan; Mealshakes bukanlah PENGGANTI makanan yang kanak-kanak sepatutnya ambil. Ramai orang salah faham. "Owwhh, anak aku dah amek Mealshakes, tak makan nasi pun takpa dah". NO NO NO! Ianya lebih sebagai PELENGKAP vitamin yang mana kurang dalam badan tu. Kiranya tolong tampung yang mana-mana lompong laaa. Macam dalam kes Syue, menambah selera makan bujang ni haaa.

Bagi ibu-ibu yang ada anak-anak yang ada masalah seperti anak Syue; memilih makan, ada masalah sembelit, kurang berat badan, boleh cuba. Orang dewasa ada masalah begini pun boleh cuba jugak tau. Sapa cakap Mealshakes ni untuk kanak-kanak saja? Orang dewasa pun boleh lah. Ingat tak ada ka orang dewasa yang tak suka makan tablet? Haaa, memang sesuai sangat la Mealshakes ni untuk mereka. Tak payah takut la kot-kot selera makan bertambah. Yelah kot fikir makan Mealshake jadi gemuk. Hahaha. Eh taaakkk. Sama juga fungsinya dengan vitamin yang lain; mencukupkan apa yang lompang tapi Mealshakes ini lebih mesra kepada mereka yang tak suka telan tablet 😁. Bancuh, goncang-goncang, minum. Mudah kan?

Yang mahukan sesuatu terbaik untuk anak-anak, Mealshake lah jawapannya.


 Mealshake

Andai ada sebarang pertanyaan atau 
ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,

boleh hubungi Syue di salah satu medium ini 👇


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com