Jangan Lakukan 6 Perkara Ini Di Depan Anak-anak Anda

syuesalim | September 05, 2015 | 0Komen |

Menjadi ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Ya, bagi sesetengah orang, tak lah sesusah mana pun tapi ianya bukan sekadar melahirkan, menjaga dan membesarkan. Watak kita sebelum berkahwin mungkin berbeza dengan watak selepas menjadi ibu bapa. Mungkin dulu kita jenis panas baran, mulut bising, kurang sabar. Bila dah berkahwin, kebiasaannya kebanyakan dari kita akan berubah menjadi lebih matang, lenih baik. Terutama sekali, selepas ada anak. Lagilah perlu berhati-hati dengan sikap dan watak kita. 

Setiap perilaku atau perbuatan ibu bapa boleh ditiru dengan mudah oleh anak-anak. Secara tidak langsung boleh mempengaruhi sikap dan psikologi anak-anak. Disebabkan kecenderungan anak-anak suka untuk meniru, sebaiknya elak daripada menunjukkan sikap yang tidak elok kepada anak-anak. 

Ye lah kan,; sebelum nak betulkan anak-anak tu, kita ni haa perlu betul dulu. Jangan ibarat ketam mengajar anaknya berjalan tegak sedangkan dia sendiri jalan mengiring kan. Apa perkara-perkara tersebut dan kenapa ibu bapa perlu berhati-hati? Mari kita lihat sama-sama.

1) Bergaduh Di Depan Anak-anak
Ini bagi contoh yang sangat buruk. Bergaduh sehingga tahap memukul suami atau isteri di depan anak-anak boleh sebabkan trauma kepada anak-anak. Kanak-kanak ini akan jadi seorang yang penakut atau seorang yang kejam. Biasanya kanak-kanak yang berdepan dengan ibu bapa yang bergaduh sehingga ada aksi pukul memukul, boleh membesar menjadi salah satu dari 2 watak ini.

2) Menjerit/Memekik
Mungkin dalam bahasa mudah kita, jadi 'tarzan' atau 'singa'. Jangan tak tahu, ini juga boleh sebabkan kanak-kanak ini jadi takut dengan sikap anda tau. Kanak-kanak pun tak suka kalau ibu bapa asyik nak menjerit saja bila mereka disuruh lakukan apa-apa kerja. Tak hairan jika kanak-kanak ini boleh memiliki sifat yang garang atau bengis seawal usia.


3) Menolak Pendapat Anak-anak
Jika ada anak-anak bagi cadangan atau pendapat, jangan cepat-cepat nak suruh diam. Mungkin ada pendapat mereka ni tak masuk akal atau kurang bijak pun. Alah, kanak-kanak kan. Mana mungkin berfikiran seperti dewasa. Jika selalu sangat di'potong' idea mereka, dikhuatiri suatu hari mereka ini jadi pendiam atau malas berfikir. Apa yang perlu kita buat, dengar dulu dan kemudiannya kita terangkan sebab apa pendapat mereka tak masuk akal. Mungkin kita boleh pupuk sikap untuk berfikir secara rasional.

4) Abaikan Perasaan Anak-anak
Seringkali anak-anak ini diabaikan perasaan mereka disebabkan ibu bapa terlalu sibuk dengan hal sendiri. Seperti zaman sekarang, orang dewasa terlalu asyik dengan gajet; FB, WA, IG sehingga dah tiada masa nak bermain atau bersembang dengan anak-anak. Jika anak-anak rasa kewujudan mereka tidak dihargai, lama-kelamaan anak-anak ini membawa diri dan suka menyendiri. Apa yang ibu bapa perlu buat adalah perlu jadi lebih peka dengan sikap dan perasaan anak-anak. Tunjuk sikap ambil berat kita pada apa yang mereka mahu, apa yang mereka nak sampaikan.

5) Guna Bahasa Yang Buruk
Satu-satunya perkara yang sangat penting yang ibu bapa perlu sangat sangat elak. Jaga mulut dari mengeluarkan bahasa yang tak elok. 'Bodoh', 'lembab', 'tak guna', 'kurang ajar', gelar nama-nama binatang; antara contoh-contoh perkataan yang boleh merosakkan anak-anak anda. Takut perkataan beginilah yang mereka akan guna bila mereka bermasyarakat dengan orang luar. Apa perasaan anda jika anak-anak ini bercakap guna perkataan-perkataan tak elok ini dengan kawan-kawan mereka, guru mereka? Bangga kah anda?

6) Kritik Anak-anak Depan Orang Lain
Ini hanya memalukan anak anda. Kena fikir, anak-anak pun ada perasaan. Jangan dikritik anak-anak kita depan sahabat mereka, atau depan kawan-kawan kita. Jika selalu sangat dikritik, takut lama-lama anak akan benci dengan ibu bapa mereka sendiri. Takut kan macamtu?

Bagi ibu bapa yang pernah buat perkara-perkara di atas, mungkin tiba masa kita belajar untuk mengurangkan atau tiadakan terus sikap begitu. Syue pun kadang-kadang terlepas terbuat beberapa perkara di atas. Memang menyesal. Apa yang penting, kita dan suami/isteri sama-sama muhasabah diri, banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak dan perbaiki kemahiran keibubapaan kita. Semoga sama-sama berjaya mendidik anak-anak syurga kita.

Moga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com