15 Fakta Mengenai Bayi Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

syuesalim | August 08, 2015 | 0Komen |

Mesti anda terfikir-fikirkan, apa lah sangat dengan bayi ni. Kalau anda masih bujang, memang tak ada rasa menarik pun bayi ni selain comel. Kan..kan? Mengaku lah. Syue dulu pun begitu. haha. Tapi bila dah kahwin, dah ada anak sendiri, perasaan yang datang tu lain macam tau. Eyyy, bayi comel kot kan. Geram, rasa nak gomol-gomol 24 jam. Hakikatnya, semua bayi dilahirkan dalam keadaan cukup sempurna. Bayi mana tak comel. Comel sangat kot bila mereka senyum, menjerit, ketawa.

Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sejak dari dilahirkan lagi. Semua ibu bapa akan fikir anak mereka bijak tapi apa yang anda tidak tahu, hakikatnya mereka SANGAT bijak. Dari aspek lain, mereka tak banyak beza pun dari kita yang dewasa ni. Mungkin secara tidak sedar, mereka ini lagi banyak 'mengajar' kita daripada apa yang kita percaya.

Tak percaya jugak? Cuba baca ini.
  • Bayi terus belajar kenalpasti bau dan bunyi dari ibunya.
  • Bayi yang baru lahir tidak boleh mengeluarkan air mata ketika menangis sehingga 3 minggu.
  • Bayi pandai menunjukkan simpati kepada orang lain yang dalam kesedihan.
  • Bayi lahir dengan 300 tulang. Ada di antara tulang-tulang ini bercantum untuk membentuk 206 tulang yang dimiliki oleh seorang dewasa.
  • Setiap bayi dilahirkan dengan kemampuan berenang secara semulajadi. Tapi kemampuan ini semakin berkurang dengan peningkatan usia. Jadi, nak bayi pandai berenang, ajari seawal 4 bulan. Pastikan belajar dengan pakar naa. Jangan pandai-pandai sendiri kalau tak yakin. Jadi kes lain pula nanti.
  • Bayi sebenarnya sangat kuat, berdasarkan saiz badannya. Biasa ayat mudah kita suka cakap 'tak padan dengan kecik'. Pernah dengar? Buktinya, mereka mampu mengangkat badan mereka sendiri tanpa sebarang masalah. Lihatlah sendiri pada masa mereka belajar memusingkan badan, meniarap, merangkak. Menakjubkan kan?
  • Adakalanya, bayi tidur dengan keadaan mata terbuka.
  • Bayi boleh mengenalpasti irama/bunyi-bunyian yang mereka dengar semasa dalam kandungan, sehingga setahun selepas mereka lahir. Oleh itu, ibu-ibu yang rajin memperdengarkan bacaan al-Quran kepada kandungannya, cuba perdengarkan dalam masa setahun selepas mereka lahir. Mereka pasti senang mememorikan bacaan ayat-ayat suci itu. Cuba lah.
  • Bayi dalam kandungan melindungi ibunya dari pre-eclampsia dengan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai adrenomedullin. Pre-eclampsia adalah satu gangguan yang muncul pada masa kehamilan yang mana ibu-ibu mengandung ini mengalami tekanan darah tinggi dan tingginya jumlah protein dalam urin.
  • Dari masa mereka lahir, bayi ini sangat peka berkenaan dengan badan dia sendiri. Kalu tak percaya, tunjukkan diri mereka dalam cermin. Bagaimana mereka bereaksi. Comel kan?
  • Kajian mendapati kanak-kanak yang berusia 3 tahun boleh mengenalpasti rupa individu yang mereka pernah lihat pada usia mereka 12 bulan.
  • Bayi sebenarnya belajar untuk bercakap lebih banyak sebelum mereka cuba untuk menuturkan perkataan pertama mereka.
  • Jika anda rasa letih fizikal dan mental mengelap makanan tumpah di lantai, di dinding, di siling (ada ka?haha) dalam masa memberi mereka makan, anda mungkin perlu bertenang dan merasa sedikit gembira, kerana kajian mendapati bayi yang bijak bab sepahkan makanan akan membesar menjadi sorang yang bijak...big learner katanya. 
  • Bayi belajar rasa takut dari ibunya dari seawal usia. Ibu yang dalam keadaan tertekan akan beri satu aroma yang dapat dihidu oleh bayinya.
  • Bau bayi mengaktifkan sejenis hormon kepada ibu mereka iaitu dopamine (feel good hormone). Atau bahasa mudahnya, bau bayi itu sendiri boleh buat si ibu rasa tenang. Sukar digambarkan lah perasaan itu. Sebab itu mungkin ada kita dengar ibu-ibu yang dah lama tidak ber anak kecil ni ada kala menyebut 'rindu babu baby'. Ada kan?
Macam-macam lagi fakta yang mungkin kita tidak ketahui. Lihat sendiri bayi anda dan anda sahaja yang mengetahui 1001 perkara yang menarik tentang mereka. Nak bayi? InsyaAllah, usaha pasti jaya. Pesanan bagi yang dah berkahwin ya. haha.

Selamat Membaca.


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com