Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki

syuesalim | May 25, 2015 | 0Komen |
29/3 hingga 11/4 adalah cuti penggal sekolah anak bujang Syue. 2 minggu lamanya. Jadi, di masa begini memang ramai lah yang 'fly'. Ada yang balik Malaysia, ada yang pergi melancong, dan ada juga yang tak ke mana-mana; macam Syue. huhu. Sedih rasa dok rumah 2 minggu dengan anak-anak tak ke mana, melainkan dari Al-Khor ke Doha. Di Qatar cuaca dah nak bertukar ke panas. Sini ada sejuk dan panas ja. Tapi di negara lain yang mengalami 4 musim, inilah waktu yang sangat sesuai untuk berjalan2; pertukaran dari musim sejuk ke musim bunga/luruh (winter to autumn/spring). Masa ni pokok berbunga ka, Ya Allah memang syok tengok. Kali ni dengarnya ramai yang berjalan ke Turki. Ada tempatnya yang masih bersalji, ada tempatnya yang dah berbunga tulip! Jeles ai tau. hehe. Macam Syue kata tadi, Syue dok rumah jer. Tapi Syue nak cerita jugak yang Syue pun PERNAH ke Turki. Takmau kalah tuh! hahaha. Jeles oiii tengok orang p jalan-jalan lagi-lagi Turki. Ini yang membuatkan Syue korek balik nak cerita jugak pengalaman di Turki.

Vitamin Untuk Kesihatan Sendi: Advance Joint Health Tablet (AJHT)

syuesalim | May 17, 2015 | 0Komen |
Seiring peningkatan usia, tubuh turut hilang keupayaan untuk memperbaharui dan mengekalkan struktur tulang rawan dan sendi sihat yang menyebabkan kita sukar bergerak. Bagi jutaan penghidap masalah sendi merasakan aktiviti mudah pun menjadi cabaran yang begitu besar.

AJHT ini dihasilkan daripada satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang sangat berkesan. Ianya dihasilkan dari ramuan yang bertindak dengan pantas bagi menyokong keperluan kepada kesihatan sendi. Ianya mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda. Ekstrak Boswella ini telah terbukti dapat memperbaiki kesihatan sendi seawal 5 hari. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamin yang pekat dan memberi manfaat pada kesihatan sendi. Nutrien penting lain termasuk zinc, tembaga, mangan dan vitamin C juga berperanan untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. 

Berbeza dengan suplimen kesihatan sendi yang lain, AJHT tidak mengandungi chondroitin, bahan yang telah dibuktikan dalam kajian klinikal boleh menghalang penyerapan glukosamin. Glukosamin terbukti dapat: 
- menyokong keselesaan sendi
- membantu mengekalkan tulang rawan
- memelihara tisu penyambung yang sihat

Ada orang tersayang yang mempunyai masalah sendi? Ibu atau bapa? Apa salahnya jika kita dapat belikan sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Lepas ni mungkin dah kurang mengadu sakit lutut sakit kaki kalu kita bawa berjalan-jalan kan? Dan mana tahu lagi panjang langkah dah lebih jauh kita boleh bawa mereka. 

Dapatkan segera dengan membuat pembelian sendiri DI SINI.

ajht


Belum menjadi AHLI?? 
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE untuk 
menikmati PENJIMATAN 15%-25% 
pembelian produk Shaklee.


Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk lain,
hubungi saya di sini.

Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Lawan Kolestrol Tidak Sihat Dengan Phytocol-ST

syuesalim | May 03, 2015 | 0Komen |
Pada tahun 2014, Shaklee telah memperkenalkan Phytocol-ST yang diformulasikan khusus untuk mengawal kolestrol. Phytocol-ST merupakan formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolestrol. Ianya mengandungi 2000mg fitosterol untuk setiap kapsul dan ianya disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) untuk diambil setiap hari. Telah dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol dalam tubuh.


Fitosterol diperolehi dari tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol dan fitosterol ini berjumpa, mereka akan bersaing untuk serap masuk dalam sistem penghadaman badan. Apabila kita mengambil banyak fitosterol, akan semakin kurang kolestrol yang akan diserap dalam tubuh kita dan kandungan LDL dapat dikurangkan dengan banyaknya. Sterol dan stenoils ini akan menghalang kolestrol tidak sihat (LDL) & akan merendahkan kandungannya dari masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.

TAHUKAH ANDA...
Kandungan sterols & stenoils ini bersamaan dengan 200 batang lobak merah @ 70 keping roti gandum @ 425 biji tomato setiap hari. Mampu nak ambil ini setiap hari?

Kelainan Phytocol-ST Shaklee
- dirumus khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan & bijiran yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
- fitosterol dari tumbuhan ini sudah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol.
- mengandungi 2000mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
- tiada pengawet, perasa atau pemanis tiruan
- halal

Sekiranya anda sedang dalam rawatan & mengambil ubat doktor, disarankan minta pendapat doktor anda dahulu sebelum mengambil produk ini. Perlu diingatkan bahawa suplimen bukanlah ubat yang boleh bertindak serta merta menjadikan anda sihat. Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan membantu anda mengurangkan kolestrol dalam tempoh jangka panjang.


Anda boleh membuat pembelian sendiri produk ini.
phytocol


Belum menjadi AHLI?
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE 
untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25% 
pembelian produk SHAKLEE




Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk lain,
hubungi saya di sini.


Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com