29/3 hingga 11/4 adalah cuti penggal sekolah anak bujang Syue. 2 minggu lamanya. Jadi, di masa begini memang ramai lah yang 'fly'. Ada yang balik Malaysia, ada yang pergi melancong, dan ada juga yang tak ke mana-mana; macam Syue. huhu. Sedih rasa dok rumah 2 minggu dengan anak-anak tak ke mana, melainkan dari Al-Khor ke Doha. Di Qatar cuaca dah nak bertukar ke panas. Sini ada sejuk dan panas ja.
Tapi di negara lain yang mengalami 4 musim, inilah waktu yang sangat sesuai untuk berjalan2; pertukaran dari musim sejuk ke musim bunga/luruh (winter to autumn/spring). Masa ni pokok berbunga ka, Ya Allah memang syok tengok. Kali ni dengarnya ramai yang berjalan ke Turki. Ada tempatnya yang masih bersalji, ada tempatnya yang dah berbunga tulip! Jeles ai tau. hehe. Macam Syue kata tadi, Syue dok rumah jer. Tapi Syue nak cerita jugak yang Syue pun PERNAH ke Turki. Takmau kalah tuh! hahaha. Jeles oiii tengok orang p jalan-jalan lagi-lagi Turki. Ini yang membuatkan Syue korek balik nak cerita jugak pengalaman di Turki.
Ini bukan blog travel pun, jadi Syue takkan ceritakan tips-tips lah. Kalau ada pun, sekadar peringatan untuk diri sendiri. Blog jalan-jalan melancong pun tak jugak, sebab bukan kaki melancong pun. Ini lah satu-satunya negara yang agak jauh kami satu keluarga pergi. Lepas tu takde dah. hahaha. Harap-harap selepas ni ada lagi. Tengok bajet, tengok keperluan, tengok masa. Dah lama kami pergi ke Turki ni; penghujung Oktober 2012. Masa tu Syue belum ada blog. Memang tak terfikir pun nak catat mana-mana. Sekadar bergambar. Tapi bila sekarang dah ada blog, rasa menyesai pun ada sebab ada tempat-tempat tertentu yang Syue tak ambil gambarnya. Terpaksa guna khidmat pakcik google aaa nak cari gambar-gambar berkaitan. Lagi buat rasa menyesai, punya la banyak gambar yang kami ambil, gambar Syue seorang boleh kira berapa keping! Punya lah tak reti nak berselfie dulu. Banyak yang Syue ambil, gambar suami & anak-anak. Huwaaa!! Kena repeat nih. Wajib repeat Turki ni. haha.
Terus terang, Syue memang jatuh cinta pandang pertama dengan Turki. Di Istanbul mungkin agak sibuk, agak padat dengan orang, sebab di situ terdapat segala macam tarikan pelancongan. Kalau dah keluar dari Istanbul, ke negeri-negeri lain dalam Turki, MasyaAllah...Subhanallah...tiada kata-kata dapat terucap bila dapat tengok sendiri tempat-tempat tu. Pstt, orang-orangnya pun cantik & hensem tau :) Nanti Syue cerita satu-satu ye. Kami pergi 10 hari, jadi Syue akan cuba ceritakan setiap satu entri untuk satu hari satu perjalanan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment